Monthly Submission of Statement Inter-company Account by Resident Companies
Dear Customers,
Bank Negara Malaysia (BNM) is requesting all resident companies with:
- annual gross export value of RM50 million and above in goods or services (based on the latest calendar year); and
- netting arrangement with non-resident counterpart,
to submit monthly reports on their Inter-company Account transactions (Statement IA) to Jabatan Pengurusan Data dan Statistik, Bank Negara Malaysia.
Resident company that fulfills both criteria (i) and (ii) above is required to contact the Cash BOP Reporting team via e-mail at cashbop@bnm.gov.my to initiate the submission of Statement IA through BNM’s External Sector Statistics Portal.
The Cash BOP Reporting team can also be contacted via the same e-mail address for any further information or clarification on the matter.
Thank you.
Pengemukaan Penyata Bulanan Akaun Antara Syarikat oleh Syarikat Pemastautin
Pelanggan yang dihormati, Bank Negara Malaysia (BNM) meminta kesemua syarikat pemastautin dengan:
- nilai eksport kasar barangan atau perkhidmatan tahunan sebanyak RM50 juta dan ke atas (berdasarkan tahun kalendar terkini); dan
- pengaturan jaringan dengan rakan niaga bukan pemastautin,
untuk mengemukakan laporan bulanan tentang urus niaga Akaun Antara Syarikat mereka (Penyata IA) kepada Jabatan Pengurusan Data dan Statistik, Bank Negara Malaysia.
Syarikat pemastautin yang memenuhi kriteria (i) dan (ii) di atas dikehendaki menghubungi pasukan Pelaporan Imbangan Bayaran Tunai (Cash BOP) melalui e-mel di cashbop@bnm.gov.my untuk memulakan pengemukaan Penyata IA itu melalui Portal Statistik Sektor Luar BNM.
Pasukan Pelaporan Cash BOP itu juga boleh dihubungi melalui alamat e-mel yang sama untuk maklumat atau penjelasan lanjut mengenai perkara ini.
Sekian, Terima Kasih.